Post pertama blog Pengundi Tanpa Parti

Idea untuk memulakan blog ini sebab saya dah mula rasa mual dan bosan dengan senario politik kat negara kita ni.

 

Memandangkan saya ni tidaklah mewakili mana-mana parti politik, jadi saya namakan blog ni sebagai “Pengundi Tanpa Parti Politik”.

mengundi-parti-politik

Ini bermakna, saya tidak menyokong mana-mana parti politik secara melulu atau membabi buta, dan pada masa yang sama, saya juga tidak akan menghentam mana-mana parti politik secara tergesa-gesa.

 

Sudah tentu, sebagai manusia biasa, saya juga ada kecenderungan dan kesukaan kepada parti politik mahupun tokoh politik tertentu.

 

Pada masa yang sama, saya juga ada rasa kurang senang pada tahap menyampah pada parti politik tertentu.

 

Suka mahupun bencinya saya pada parti politik mahupun tokoh politik tertentu adalah bersebab. Sebagai contoh, saya tak berapa suka Najib Razak. Pada saya, dia tidak begitu berjaya menjaga rakyat dan lebih banyak menyusahkan rakyat berbanding memperbaiki kehidupan rakyat.

 

Jadi, saya tak suka dia bukan sebab dia adalah Najib Razak. Tetapi sebab apa yang dia lakukan. Sebab tindakan dia, sama ada tindakan dia untuk melakukan sesuatu ataupun tindakan dia untuk tidak mengambil sebarang tindakan.

 

Faham?

 

Dengan sebaik mungkin, saya akan meneliti setiap isu, kes, skandal dan sebagainya. Supaya dengan demikian, saya tidak terburu-buru mempercayai sesuatu, ataupun terburu-buru menjatuhkan hukuman.

 

Setiap sumber, akan saya teliti dari sumber yang boleh dipercayai dan bukannya dari sumber blogger hantu yang saya sendiri tak kenal.

 

Anda lihat dan nilaikanlah sendiri.

 

Laman blog ni, saya tulis untuk rujukan saya sendiri. Mungkin saya akan rujuk semula apa-apa fakta yang bersangkutan dengan hal ehwal politik dalam blog ini.

 

Penatlah nak dengar fakta politik dari macai politik parti tertentu. Sudah tentu diorang ni semua akan kata yang mereka adalah yang benar.

 

Jadi nak tak nak, kena read between the line.

 

Saya adalah pengundi tanpa parti, dan ini blog saya. Kalau nak baca, silakan. Kalau tak minat nak ambik tahu perihal politik… hmm… saya tak boleh nak buat apa la.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s